27 August 2013

Kau milik Allah


"
“Aku tidak marah 
Aku tidak cemburu 
Kerana aku tahu 
Kamu bukan hakku 

Kadang-kadang 
Perasaan ini sebagai manusia biasa 
Sungguh senang utk aku jatuh cinta. 

Dan memang tidak dinafikan disaat ini 
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu 
Aku teringin kau megetahui 
Apa yang ada dalam hatiku saat ini 

Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui 
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini 

Sedangkan DIA yg menjadikan hati 
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu 

Tapi sekali lagi 
Kau milik ALLAH 
Bukan milikku 
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku 

Dan cukuplah aku mencintaimu 
Dalam diam dari kejauhan 
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan 
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH 

Mungkin saja rasa ini ujian Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan 

Ya ALLAH, 
Usah biarkan hatiku 
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta 
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu 
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan 

Ya ALLAH, 
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku 
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta Hanya cintaMu 

Ya ALLAH Ya Rabbi 
Yang kuharap cintaku dapat bercambah hingga ke syurga hakiki 

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. AL-HAKIM) 
Aamiin ya Allah”
"
- post dua tahun yang lalu bukan hasil nukilan saya copy paste je :) enchantednajiha (via enchantednajiha)