03 February 2013

Kenapa hati ini kuat cemburu

Bismillahirrahmanirrahim,



Kenapa hati ni kuat cemburu? Aku cemburu lihat orang lain dapat melangkah jauh ke negara orang. Dapat merantau. Dapat meluaskan pandangan. Dapat blajar di negara orang. Sungguh aku ingin merasa perasaan tu. Aku ingin merantau. Belajar hidup berdikari. Berdiri di kaki sendiri. Mungkin aku tak pandai cari peluang. Atau mungkin rezeki untuk aku belum ada. Tapi keinginan aku masih kuat dan utuh untuk belajar di negara orang.


Kadang-kadang, bila aku fikir, hanya aku sahaja yang berada di bawah. Hanya mampu melihat orang lain menggapai impian mereka dengan cepat. Melepasi tingkat dimana aku berada. Hatiku cemburu. Bagaimana mereka mendapatkan peluang itu? Bagaimana mereka mampu untuk meyakinkan diri untuk terus memacu ke atas. Sedangkan aku. Aku masih belum ada keyakinan tersebut. Berdiri sendiri pun masih ada kepayahannya. Apatah lagi membuka sayap ingin terbang.


Cemburu ini sangat tak terkata...
Tapi ada orang cakap "Rezeki itu ada pada setiap orang. Mungkin disebabkan dosa-dosa kita yang lampau yang menghalang rezeki itu untuk sampai pada kita" Mungkin. Dosaku terlalu banyak. Ada masanya aku terlalu jauh dari Penciptaku. Hahh. Layakkah aku untuk memohon impian aku untuk tergapai olehku sedangkan dosa ini terlalu banyak? Layakkah aku meminta pertolonganNya untuk mebantu ku terbang di awan tinggi?


Layakkah kau Nor Lina?


Sekian, salam.