30 July 2013

Mungkin aku akan menangis..

Bismillahirrahmanirrahim,





Hujan begitu lebat, macam ribut
di mana? Di dalam sini.
Perasaan ini.. begitu berat,
aku mahu menjaga cinta ini
meski pun kemungkinan aku tidak akan bertemu lagi
dengan dia..
Kenapa tamak sangat hati ni
aku sendiri pun tak tahu
tak mengerti, tak faham.
Memori aku memandangnya dari jauh
masih segar dalam ingatan.
Memandang dia bercakap
Memandang dia ketawa
Memandang dia berjalan
Memandang dia bermain dengan kucing
Ya Allah,
beratnya perasaan ini.
Aku seperti pungguk
merindukan bulan yang tidak akan jatuh..

Spek biru,
Nama awak akan saya selalu sebut di dalam doa saya,
hanya itu sahaja wanita lemah
seperti saya mampu berikan.
Kebahagiaan awak dunia akhirat.


Andai kita berjumpa lagi.
Saya harap ia jodoh yang akan mengikat dua hati.
Saya hanya mampu berdoa..

Assalamualaikum dan
Jaga diri, iman dan hati.